Penulis

Lihat semua
Patricia Raybon

Patricia Raybon

Patricia, seorang bekas editor bagi Majalah Hari Ahad bagi The Denver Post dan bekas profesor madya bagi kewartawanan di Universiti Colorado di Boulder, kini menulis buku-buku yang merapatkan jurang “untuk menginspirasikan orang lebih mengasihi Tuhan dan mengasihi satu sama lain.” Matlamatnya ialah “tetap percaya dan berlumba—dengan rahmat.” Kerana kasihnya akan ayat Alkitab, dia juga menyokong projek-projek penterjemahan Alkitab di seluruh dunia. Buku-bukunya yang memenangi anugerah termasuklah My First White Friend dan I Told the Mountain to Move. Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak dan nenek bagi lima orang cucu, dia dan suaminya, Dan tinggal di Colorado dan mereka menikmati menonton filem, makan popcorn, membaca kisah-kisah misteri dan drama-drama lipur lara dari stesen televisyen awam PBS. Anda boleh menemukan dia di patriciaraybon.com.

Artikel oleh Patricia Raybon

Dikenali Tuhan

Ujian DNA telah membantu menyatukan dua orang adik beradik lelaki yang terpisah hampir dua puluh tahun akibat pengambilan anak angkat. Ketika Kieron menghantar mesej kepada Vincent, orang yang dipercayai ialah adik lelakinya, Vincent berfikir, Siapakah orang asing ini? Apabila Kieron bertanya apa nama kelahirannya, dia terus menjawab, “Tyler.” Oleh demikian dia tahu bahawa mereka ialah adik-beradik. Dia dikenal pasti kerana namanya!

Kuat dan Baik

Pelayan muda kampus itu berasa susah hati, tetapi dia kelihatan bingung apabila saya dengan terus terang bertanya jika dia berdoa untuk pimpinan Tuhan dan pertolongan-Nya. Berdoa, seperti yang digesa oleh Paulus, tanpa berhenti. Pemuda itu mengaku, “Saya tidak pasti saya masih percaya dalam doa.” Dahinya berkerut. “Atau percaya bahawa Tuhan masih mendengar. Lihatlah keadaan dunia ini.” Pemimpin muda itu “membina” sebuah pelayanan berdasarkan kekuatannya sendiri, malangnya, dia gagal. Mengapakah demikian? Sebab dia menolak Tuhan. 

Titik Penentu 

Jabat tangan tersebut amat besar maknanya. Pada suatu malam bulan Mac tahun 1963, dua orang pemain bola keranjang universiti—seorang pemain kulit hitam dan seorang pemain kulit putih—telah menentang kebencian para penyokong dasar pengasingan untuk berjabat tangan. Tindakan mereka menandakan kali pertama dalam sejarah negeri Mississippi bahawa pasukan lelaki kulit putih negeri tersebut bermain melawan sebuah pasukan bersepadu (kulit putih dan kulit hitam). Demi bertanding dengan Universiti Loyola Chicago dalam kejohanan kebangsaan pada “titik-titik penentu” ini, skuad negeri Mississippi mengingkari perintah pembatas yang menghalang penyertaan mereka dengan menggunakan pemain-pemain umpan untuk keluar dari negeri mereka. Sementara itu, pemain kulit hitam daripada pasukan Loyola telah menanggung pelbagai jenis penghinaan rasis sepanjang musim, malah dilontari bertih jagung dan ais serta tidak dialu-alukan langsung dalam perjalanan mereka.

Memantulkan Cahaya-Nya

Dalam usahanya untuk menggambarkan pantulan cahaya yang indah dalam lukisan minyak, artis Armand Cabrera bekerja dengan prinsip artistik utama: “Cahaya yang dipantulkan tidak pernah sekuat sumber cahayanya.” Dia memerhatikan pelukis baharu cenderung membesar-besarkan cahaya yang dipantulkan. Dia berkata, “Cahaya yang dipantulkan adalah bayangan, oleh itu peranannya adalah menyokong, bukan bersaing dengan kawasan yang bercahaya dalam lukisan anda.”

Tidak Pernah Terlewat

Sebagai seorang pelawat di sebuah bandar kecil Afrika Barat, pastor saya dari Amerika memastikan bahawa dia akan tiba tepat pada waktunya untuk menghadiri kebaktian Ahad pada pukul 10 pagi. Bagaimanapun, dia mendapati gereja itu adalah kosong. Jadi dia menunggu. Satu jam. Dua jam. Akhirnya, kira-kira pada jam 12:30 petang, seorang pastor tempatan tiba dari suatu tempat yang jauh—diikuti oleh beberapa ahli koir dan sekumpulan orang bandar yang peramah—akhirnya ibadat tersebut bermula “tepat pada masanya”, seperti dikatakan oleh pastor saya selepas itu. “Roh Tuhan menyambut kita, dan Tuhan tidak lewat.” Pastor saya memahami budaya di tempat itu adalah berbeza.

Meski Tak Layak Diriku

  Charlotte Elliot yang muda itu tidak dapat tidur. Setelah mengalami kecacatan fizikal selama bertahun-tahun, dia menjadi tumpuan utama untuk acara pengumpulan dana bagi pengajian tinggi, semasa bazar diadakan di gereja pada keesokan harinya. Tetapi aku tidak layak. Kata-kata itulah bermain dalam fikiran Charlotte Elliot. Dia berguling di katil sepanjang malam, meragui kelayakannya, dan mempersoalkan setiap aspek kehidupan rohaninya. Pada keesokan harinya, Charlotte yang masih berasa gelisah akhirnya mengambil sebatang pen dan sekeping kertas, lalu menulis kata-kata lagu pujian klasik, “Meski Tak Layak Diriku” (Just as I am).

“Meski tak layak diriku / Tetapi kar’na darah-Mu / Dan kar’na Kau memanggilku, / Ku datang Yesus pada-Mu.”
Kata-katanya yang ditulis pada tahun 1835, menggambarkan bagaimana Yesus memanggil para pengikut-Nya datang dan melayani-Nya. Ini bukan kerana mereka sudah bersedia. Mereka belum bersedia. Tetapi kerana Yesus telah memberi kuasa kepada mereka—diri mereka seadanya. 12 Pengikut Yesus terdiri daripada sekumpulan orang yang dihina masyarakat, termasuklah seorang pemungut cukai, Si Patriot, dua bersaudara yang bercita-cita tinggi (lihat Markus 10:35-37), dan Yudas Iskariot yang “mengkhianati Yesus” (Matius 10:4). Tetapi Yesus masih memberi kuasa kepada mereka untuk “sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat”(ayat 8)—semuanya dilakukan tanpa membawa wang, beg sedekah, lebihan pakaian atau kasut, ataupun sebatang tongkat untuk perjalanan mereka (ayat 9-10).

Harapan Besar

Pada suatu hari yang sibuk sebelum Hari Krismas, seorang wanita warga emas mendekati kaunter di pejabat pos yang sesak di kawasan kejiranan saya. Dengan memerhatikan langkahnya yang perlahan, kerani pos di kaunter menyapanya, “Helo, wanita muda!” Kata-kata kerani tersebut memang mesra, akan tetapi segelintir orang di situ mungkin akan salah sangka bahawa maksud “orang muda” adalah lebih baik.

Alkitab mengilhami kita untuk melihat bahawa usia lanjut boleh memotivasikan harapan kita. Ketika Yesus yang masih bayi dibawa ke Rumah Tuhan oleh Yusuf dan Maria untuk upacara penyucian (Lukas 2:23, rujuk Keluaran 13:2, 12), tiba-tiba dua orang percaya yang sudah tua menjadi tumpuan.
Yang pertama, Simeon—yang telah menunggu selama bertahun-tahun untuk melihat Mesias—”mengambil [Yesus] lalu mendukung-Nya sambil memuji Allah, ‘Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu. Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram. Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu. Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa’ “ (Lukas 2:28-31).
Kemudian Hana, seorang nabi yang “umurnya sudah lanjut” (ayat 36). Hana tiba semasa Simeon sedang bercakap dengan Maria dan Yusuf. Dia merupakan seorang balu yang hanya berkahwin selama 7 tahun dan tinggal di Rumah Tuhan sehingga umurnya 84 tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Rumah Tuhan, “siang malam dia beribadat kepada Allah dengan berdoa dan berpuasa.” Sewaktu dia melihat Yesus, dia mulai memuji Tuhan, menjelaskan tentang “anak itu kepada semua orang yang menantikan masanya Allah membebaskan Yerusalem” (ayat 37-38).

Mendengar Kristus, Bukan Kekacauan

Setelah meluangkan masa berjam-jam menonton berita di televisyen setiap hari, lelaki tua itu mulai berasa gelisah dan bimbang kerana dunia sedang menuju kehancuran dan akan membawanya bersama. “Tolong matikan televisyen”, anak perempuannya memohon kepadanya. “Tolong berhenti dengar semua ini.” Tetapi lelaki tua itu pula terus menghabiskan masa yang banyak di media sosial dan sumber-sumber berita yang lain.

Mempercayai Visi Tuhan

Semasa memandu ke lokasi yang kami belum pernah pergi, tiba-tiba suami saya memperhatikan bahawa tunjuk arah GPS seolah-olah tidak berfungsi. Selepas memasuki lebuh raya empat lorong yang kami biasa tahu, kami dinasihatkan untuk keluar dari situ dan mengikut lorong di bahagian hadapan yang selari dengan lebuh raya itu. “Saya akan percaya arahan GPS,” kata Dan, walaupun tiada kesesakan pada jalan asal. Namun selepas kira-kira 16 kilometer, trafik di lebuh raya di bahagian lorong sebelah menjadi perlahan dan hampir tidak bergerak. Apa punca masalahnya? Kerja-kerja membina jalan yang besar sedang dilakukan. Lorong baru yang kami gunakan pula? Tidak banyak kereta di jalan raya itu, malah laluan ke destinasi kami menjadi lancar. “Saya tidak dapat melihat apa yang ada di hadapan,“ kata Dan, “tetapi GPS boleh.” Kami sama-sama bersetuju, “demikian juga dengan Tuhan.”

Tuhan mengetahui apa yang bakal berlaku, dalam mimpi Dia memberikan perubahan arah yang sama kepada ahli-ahli kaji bintang yang datang dari timur untuk menyembah Yesus, “anak yang baru lahir itu … raja orang Yahudi” (Matius 2:2). Oleh sebab Raja Herodes berasa terganggu dengan berita tentang seorang raja “saingannya”, maka dia berbohong kepada ahli-ahli kaji bintang ketika menghantar mereka ke Betlehem, katanya, “Pergilah dan carilah Anak itu dengan saksama. Apabila kamu menjumpai Dia, beritahulah beta, supaya beta juga boleh pergi menyembah Dia” (ayat 8). Kemudian mereka diberi amaran dalam mimpi “jangan kembali kepada Herodes,” kerana itu, “mereka balik ke negeri asal mereka melalui jalan lain” (ayat 12). Tuhan juga akan membimbing langkah kita. Semasa kita melalui lebuh raya kehidupan, kita boleh mempercayai-Nya sebab Dia dapat melihat apa yang di hadapan, dan tetap yakin bahawa “Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepada [kita]” apabila kita berserah kepada arahan-Nya (Amsal 3:6).